Technology

8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari

8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari


8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari

8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari sebenarnya wujud dalam diri kita.

Setiap manusia tentunya ingin memiliki kekuatan luar biasa seperti yang ditunjukan oleh watak-watak superhero kegemaran mereka di televisyen.

Namun malangnya kekuatan luar biasa yang ditunjukan dan ditayangkan oleh sebuah filem tidaklah benar-benar nyata kerana hal tersebut hanya manipulasi agar penonton tertarik untuk menonton filem-filem yang telah dibuat oleh sebuah syarikat produksi filem.

Kebanyakkan orang yang tidak menyedari bahawa sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa yang sangat jarang disedari oleh kebanyakan manusia di muka bumi ini sehingga mereka tidak pernah menggunakan kekuatan ini untuk mengubah hidup mereka.


Ingin tahu apa saja kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh manusia biasa seperti anda? jom kita lihat 8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari



1.Imaginasi
Pertama adalah imginasi. Setiap manusia mempunyai imaginasi yang tak terbatas seperti mencipta idea, gambaran dan konsep yang luar biasa apabila nantinya diaplikasikan pada dunia nyata.  


Namun sampai saat ini hanya sedikit saja orang yang menggunakan kekuatan super ini, bahkan sebahagian orang tidak menyedari akan kekuatan dari imaginasi. 

Walaupun imaginasi hanya ada di dalam fikiran, bukan bererti manusia tidak boleh mewujudkannya! 
2. Menyembuhkan
Kedua adalah menyembuhkan. Manusia sebenarnya mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit secara sendiri tanpa perlu pergi kedokter. 


Salah satu kajian mengatakan bahawa hanya dengan adanya rasa kasih sayang didalam diri kita maka seseorang yang sakit akan cepat sembuh dari sakitnya. 

Hal ini berbeza dengan seseorang yang selalu merasakan kesepian, mereka justru cenderung lebih berisiko sakit-sakitan.

3. Kreativiti

Kekuataan super yang ketiga adalah kreativiti. Setiap orang mempunyai kreativiti yang berbeza-beza dan tentunya hasilnyapun tidak sama.

Bermula dari imaginasi yang luar biasa dan ditambah dengan kreativiti maka untuk mencipta sesuatu yang besar dan berguna bukanlah hal yang mustahil bagi manusia.

4. Memori 

Kekuatan super manusia yang keempat adalah memori. Anda sudah pasti tahu bahawa manusia merupakan makhluk ciptaan tuhan yang paling sempurna di muka bumi ini kerana mempunyai otak serta akal fikiran. 

Didalam otak manusia ada memori yang berfungsi untuk mengingat sesuatu baik itu kenangan manis, buruk dan sekaligus dapat belajar untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di masa lalu.

5. Daya tahan

 Kekuatan super manusia yang keenam adalah daya tahan. Banyak orang yang meremehkan hal ini, padahal tanpa adanya daya tahan maka tubuh mereka akan mudah diserang penyakit. 

Bayangkan betapa hebatnya kekuatan ini mampu melindungi anda dari pelbagai kuman akibat aktiviti sehari-hari sehingga fizikal anda tetap fit dan cergas. Selain fizikal yang kuat, daya tahan mental juga dimiliki oleh manusia biasa. 
6. Gerak hati
Selain akal fikiran manusia juga mempunyai gerak hati untuk memahami sesuatu dengan cepat. 

Walaupun gerak hati manusia tidak selalu benar atau tepat tetapi sekurang-kurangnya perkara ini boleh dijadikan panduan asas untuk melakukan sesuatu yang nantinya akan mengubah hidup anda.

7. Keberanian 

Keberanian merupakan kekuatan super yang ketujuh dimiliki oleh manusia.  

Seseorang yang mempunyai keberanian maka mereka tidak pernah takut untuk menghadapi pelbagai rintangan hidup sehingga mereka terus berjuang hingga akhirnya sampai pada titik kejayaan yang mereka impikan.

8. Empati

Kekuatan super yang terkahir adalah empati. Kekuatan super ini mampu membuat manusia saling memahami satu sama lain sehingga kita akan belajar menjadi peribadi yang lebih bijak dari hari kehari. 

Pada saat ini rasa empati manusia sudah hampir punah dan mereka lebih memilih hidup secara individualistik.

Itulah 8 kekuatan super pada manusia yang jarang disedari oleh kebanyakan orang.  


So, tidak perlu mendambaka kekuatan-kekuatan palsu padahal didalam diri anda sendiri ada kekuatan yang begitu besar tetapi jarang anda manfaatkan

sumber

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "8 kekuatan luar biasa yang kita ada tanpa disedari"

Catat Ulasan

Pandai komen pandai tanggung