Technology

9 rahsia aneh yang belum terjawab

9 rahsia aneh yang belum terjawab

9 rahsia aneh yang belum terjawab ini adalah sebahagian dari beribu rahsia aneh didunia yang belum terjawab.


1. Jalan Bimini:


Para diver (penyelam) yang tentu pernah melihat sebentuk jalan setapak di Bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahamas. Banyak orang berpendapat jalan setapak itu dibuat oleh alam.

 Namun penstrukturan Batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjutan kerana terlalu "rapi". Beberapa Ahli menduga jalan itu adalah sebahagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam).
Tapi hingga hari ini belum ada bukti tambahan mengenai kewujudan "kota yang hilang" itu.
Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan: apakah jalan itu dibuat Alam atau manusia? Siapa pembuatnya?


2. BOLA CAHAYA MARFA:

Disebut juga "Bola Cahaya Hantu". Pertama kali terlihat tahun 1880 di sebelah Barat kota Marfa, Texas. Cahaya itu dihuraikan sebesar bola keranjang, melayang dengan ketinggian pundak manusia.
Biasanya berwarna putih, kuning, orange, merah, dan kadang-kadang biru atau hijau.
Bola-bola itu biasa terbang mengelilingi daerah tertentu, kemudian menghilang dengan sendirinya. Hingga hari ini, cahaya itu masih sering kelihatan.
Tidak ada penjelasan, apa sebenarnya cahaya-cahaya itu.

3. MISTERI HILANGNYA Jimmy Hoffa:

Dikenali sebagai Pimpinan Buruh Amerika yang paling berpengaruh di tahun 1950 - 1960, Jimmy Hoffa adalah figur yang telah mengubah wajah dunia perburuhan Amerika.
Tarikh 30 Julai 1975, Hoffa hilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah ditemui lagi. Salah satu teori yang diyakini adalah Hoffa dibunuh oleh Anthony Jack Giacalone, seorang pimpinan geng New Jersey.
Mayat Hoffa disebutkan dikebumikan di Bawah asas stadium The Giants, Detroit. Apabila dilakukan penggalian di asas stadium tersebut, mayat Hoffa tidak dijumpai.

4. mothman:

Mothman adalah salah satu urban legend yang cukup terkenal di daerah Virginia. Mothman digambarkan adalah mahluk bersayap dan setinggi manusia, bermata merah, kadang muncul tanpa kepala dan mata merahnya ada di dada.
Pertama kali ditemui di kawasan perkuburan di Virginia tahun 1926. Hingga hari ini, polis masih menerima laporan mengenai kemunculan Mothman. Siapa dia? Tidak seorang pun yang tahu. Secara umum, tidak pernah ada laporan ada orang yang diserang Mothman.

5. JACK THE RIPPER:
Terkenal sebagai pembunuh misteri di tahun 1888, identiti Jack The Ripper hingga hari ini tidak pernah terungkap.
Korbannya adalah wanita tuna susila yang dibunuh dengan cara mutilasi yang cukup handal dan sempurna, membuat para polis berfikir Jack adalah seorang doktor bedah.
Walau sudah banyak buku, filem, dan teori yang diterbitkan, identiti Jack The Ripper tetap misteri dan belum ada satu pun bukti yang boleh menjelaskan jati diri sebenarnya.
Tapi ada sumber mengatakan kes ini telah diselesaikan (kes jack the ripper selesai)

6. THE BABUSHKA LADY:
Jika anda pernah menyaksikan rakaman pembunuhan Presiden John F. Kennedy di Dallas tahun 1963, perhatikan di sudut kanan rakaman itu. Ada seorang wanita berkerudung babushka (selendang buatan Rusia) yang tampak merakam kejadian.
Wanita itu diyakini sebagai orang yang punya peranan penting dalam mengungkap kes pembunuhan John F. Kennedy kerana dia berada pada kedudukan yang sangat dekat dengan mangsa semasa kejadian itu berlaku. Dalam rakaman itu, terlihat wanita tersebut memegang kamera, dan merakam kejadian.
Anehnya, wanita itu tidak pernah ditemui. Pihak FBI telah meminta wanita itu untuk menyerahkan rakaman itu demi membantu FBI mencari pembunuh Presiden Amerika. Namun wanita itu tidak pernah muncul. Siapakah dia? Bagaimana dia boleh berdiri begitu dekat dengan kereta Presiden? Tidak ada orang yang tahu hingga hari ini.

7. ZODIAC KILLER:
Salah satu pembunuh paling bijak yang tidak pernah tertangkap hingga hari ini adalah Zodiac Killer. Tahun 1960, Zodiac Killer melakukan usaha pembunuhan terhadap 7 orang di California Utara.
Lima mangsa meninggal, dan dua cedera parah. Awalnya, polis kesulitan mencari jati diri pembunuh. Sebulan selepas pembunuhan pertama, sang pembunuh menghantar surat kepada polis dan mendakwa dirinya bernama Zodiac Killer, serta mencabar polis untuk menangkap beliau.
 Setelah Tindakan pembunuhan ke-7, Zodiac Killer tiba-tiba lenyap. Apakah dia telah terbunuh? Dan siapa dia sebenarnya? Tidak ada orang yang boleh menjelaskan.

8. Ogopogo:
Jika makhluk Tasik Loch Ness bernama Nessy sudah terbukti adalah palsu, maka lain halnya dengan Ogopogo.
 Makhluk yang mirip dengan Nessy (berleher panjang, bertubuh besar, dan berkepala seperti cicak) ini adalah makhluk misteri yang muncul di Sungai Okanagan, Canada. Banyak saksi yang berjaya merakam foto mahluk ini. Namun tidak seorang pun yang berjaya menangkapnya. Mahluk yang juga dikenali dengan nama Naitaka ini kini menjadi maskot Taman Kelowna, Canada.
Apakah Ogopogo benar-benar ada? Benarkah dia adalah reptilia purbakala yang masih hidup? Tidak ada bukti paling kukuh yang boleh menjelaskan kewujudannya sehingga hari ini.

9. SHAG HARBOUR INCIDENT:
Adalah sebuah insiden letupan misteri yang berlaku di Pelabuhan Shag, Nova Scotia, tanggal 4 Oktober 1967.
Sebuah benda menghantam Pelabuhan Shag pukul 11.20 malam, menimbulkan ledakan hebat. Tidak ada korban jiwa. Para saksi melihat benda itu seperti "piring terbang".
Tidak lama kemudian, tempat itu akan ditutup. Pihak tentera Canada segera berdatangan. Dalam waktu sekejap, tempat itu dibersihkan dan puing2 segera diangkut. Insiden itu terkesan sangat ditutup-tutupi. Apa sebenarnya yang berlaku? Benarkah piring terbang yang jatuh?
Kerajaan Canada tidak pernah mengeluarkan statement apa-apa mengenai hal ini. Dan sehingga hari ini, misteri ini tidak pernah didedahkan.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "9 rahsia aneh yang belum terjawab"

Catat Ulasan

Pandai komen pandai tanggung